Skip to main content

REVIEW: THELILY MAKEUP REMOVER



Kita orang perempuan ni, memang tak boleh elak dari mengenakan solekan, tak kisah lah, tebal ke nipis ke cara masing-masing kena solekan, tapi yang pasti caraa untuk tanggalkan kesan solekan pada muka itu jugalah yang menjadi kunci kepada kebersihan sebenar dalam teknik membersihkan kesan solekan tersebut.

Macam aku, ramai sedia maklum, yang penah jumpa aku depan-depan memang tahu lah, aku ni memang biasanya akan solek muka sebelum keluar, maksudnya takdalah bersolek dandan siap semata nak ke kedai runcit belakang umah.hihi.. Tapi biasanya aku akan calit celak mata, calit pipi dan calit bibir dengan warna yang sesuai, serta mengenakan krim anti UV. Sebab aku berkulit cerah dan bila tak bersolek, akan jelas nampak sangat kosong dan pucat. Cuma bab nak cuci selepas tu selalu menjadi masalah pada aku, paling tak suka celak mata, dah sental macam nak naik nipis kulit bahagian mata, masih juga kekal comot atau lebih jelas "panda eye" disebabkan penanggal solekkan yang aku gunakan, biasanya tak mampu nak hilangkan sepenuhnya kesan solekkan tu. 

Makeup Remover / Pembersih Make up
Kita harus mengambil berat tentang Penjagaan kulit terutamanya dalam membersihkan segala sisa make up seperti Lipstick, Maskara dan Eye Liner yang mana jika tidak dibersihkan secara rapi akan merosak kan kulit wajah, seperti jerawat, blackheads/whiteheads, hitam dibawah mata dan kulit kusam.

Sehinggalah satu hari, aku diperkenalkan dengan produk jenama THE LILY yang diiktiraf sendiri oleh @nuex_rosli (IG) Celebrity Make up Artis (Malaysia) yang make up remover ni memang power, walaupun make up tu jenis yang waterproof,matte ataupun yang tahan 24 jam. THE LILY mampu atasi semuanya.

THELILY MAKEUP REMOVER 


๐Ÿ‚ Produk dibuat dari bahan2 semula jadi.
๐Ÿ‚ SOLAT- Membersih kesan makeup secara menyeluruh terutama Foundation & Mascara Water proof bg membolehkan Solat tanpa Was2.
๐Ÿ‚ Membantu menyingkirkan Sel Mati.
๐Ÿ‚ KELEBIHAN, mengatasi masalah kulit kering, mencegah penuaan kulit, Masalah Kulit Sensitif
๐Ÿ‚ pocket size. Sizenya mudah dibawa ke mana-mana. Tak memberatkan handbag.
๐Ÿ‚ MR Thelily tahan sehingga 3bulan
๐Ÿ‚ mencuci dengan sangat mendalam sehingga mampu menanggalkan whiteheads Dan blackheads.
๐Ÿ‚Melembut Dan mencerahkan kulit
๐Ÿ‚Tidak pedihkan mata. Sesuai untuk cuci makeup di bahagian mata.
๐Ÿ‚Penggunaan minimum. Picit dlm kuantiti 50seb je dah cukup untuk sekali guna.
๐Ÿ‚Sangat sesuai dibawa utk bersolat 5 waktu sehari.
๐Ÿ‚BEBAS ALKOHOL ๐Ÿ˜

Testimonial/review

Mula-mula risau juga nak cuba, bukan apa, sejak kerap terima job product review, certain product tak match dengan kulit wajah aku. Akhirnya melahirkan bintik-bintik ruam/jerawat/entah apa tah yang menjadikan kulit aku, untuk pertama kali naik jerawat bagai cendawan tumbuh meriahnya.

Tapi setelah di brief oleh THE LILY founder sendiri dan dia juga sudi berikan cara penggunaan yang betul untuk jenis kulit yang aku miliki. Sedikit yakin. Balik rumah, campaak bag terus menghadap cermin dan tengok muka (sedih banyak sangat bintik jerawat bakal muncul disebabkan kesan dari penggunaan product yang tak serasi dengan kulit.

Tarik nafas panjang-panjang dan picit tube THE LILY atas tapak tangan dan terus usap ke muka, melakukan urutan wajah seperti yang dinyatakan THE LILY founder. Nak tahu apa kesannya setelah selesai urutan, aku terus ke bilik air basahkan lagi make up remover tadi kat muka, dan lap guna tisu basah, memang bersih. Hilang semua kesan solekan, celak hitam tu pun hilang, tak payah susah susah sental sampai luka kulit bahagian bawah mata. 

Kesan selepas penggunaan, kulit rasa lembab sangat, licin je. Yang paling magik esok paginya, bintik-bintik merah yang bakal tumbuh sebagai jerawat tu surut. Wooahhhh!! ini betul betul meyakinkan aku. Happy lah apa lagi.


Nampak tak kesan merah jerawat kecut tu. Happy tau!!! Thank you Cik Lily The LILY founder.


So untuk yang berminat nak tahu lebih lanjut dan melihat sendiri tutorial atau testimonial dari pelanggan yang pernah menggunakan THE LILY Make Up Remover ni, korang boleh ke IG THE LILY atau hubungi/whatapps ke
Makeup Remover Makeup Remover TheLily Albella SkinCare ๐Ÿ’ต Selling Natural Produk Only ๐Ÿ“KKM Approved ๐Ÿ“ฎ SM RM7 / SS RM11 ☏ -- WA +60164489009



Comments

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…