Skip to main content

Review : Eskinol Little Luxury Premium Set by VIVI LIN LONDON

Founder dia dah lama aku kenal. Dari zaman bujang sampailah sekarang aku dah ada anak, dan founder ni pun. Tapi dulu dia tinggal Sri Kembangan dan kedai kat Sg Wang Plaza je. Sekarang dia dah kat London dan aku masih disini makan gaji. Boleh dikatakan kenal rapat juga. Orangnya sweet sangat, cantik, lemah lembut, kalau tengok founder ni tak macam muka orang Malaysia. Semua adik beradik dia macam orang Korea. Cantik,putih merah dan kurus kecil molek je. Ok berbalik pada tujuan asal entry ni.


Sebenarnya sebelum ni aku adalah pengguna tetap untuk face balm cream ni. Yela bagusnya produk ni lepas apply cream balm secara nipis je, then apply foundation ataupun BB or CC cream, it will blend well dengan skin tone korang. Sebab tu aku suka. Bila habis guna, harus lah repeat order. Tapi kali ni aku try beli set dimana didalamnya terkandung :

  1. ELL Face Bright Soap 
  • penggunaan siang dan malam hari.
  • fungsi sebagai pembersih wajah dari segala kekotoran
  • mencerah dan merawat kulit
  • membersih hingga ke dalam lubang pori
  • menyegar dan melembabkan wajah -sesuai untuk semua jenis kulit

Cara memakai: Basahkan wajah dan cuci muka dengan ELL Face Bright Soap sehingga yakin bersih dan bilaskan dengan air.
  1. ELL Face Balm Cream 
  2. ELL Booster  Cream
  • penggunaan siang & malam
  • sunblock SPF15 +
  • fungsi seperti bb cream (skincare+makeup) -mencerah & merawat kulit (termasuk pigmentasi & jerawat)
  • anti penuaan
  • silky smooth finish
  • wudhu friendly
  • pemakaian yang mudah & senang rata seluruh wajah
  • sesuai untuk semua jenis kulit, fokus kulit berminyak 
  • jimat

Cara memakai: Sapu secara nipis dan rata ke seluruh wajah selepas mencuci muka pada waktu siang dan malam hari.





Review : 

Kesan dari pemakaian pertama pun korang akan rasa kelainan produk VIVI LIN LONDON ni. Packaging yang super cute dan mudah dibawa. Tekstur krim dan ringan, hanya memerlukan tampalan nipis pada wajah sebelum apply foundation yang korang sedia amalkan. 

Bila apply face balm ni, kulit wajah jadi glowing dan juga sapuan bedak atau foundation pada kulit sangat lancar dan ia kekalkan kelembapan kulit sehingga ke petang. Gabungan solekan menjadi sekata, lama kelamaan ia nampak sangat natural pada kulit. make up tidak merekah dan paling penting solekan tahan lama. Kelembapan dari face balm yang berjaya mengawal agar kulit sentiasa dalam keadaan sihat. 

Contoh gambar diatas adalah kesan dari aplikasi face balm dan hasilnya sehingga ke petang kekal lembab. Nampak macam kulit telur je bila tenung lama-lama. (hihi). Memang disyorkan sangat bagi sesiapa yang mengalami kulit wajah bermasalah seperti radiant skin, kulit tak sekata, kulit wajah kering, jerawat pasir pun boleh hilang tau. Betul-betul berkesan.

Untuk face booster tu aku apply malam, bagus untuk memberikan nutrisi pada kulit setelah seharian menghadap sinaran UV. Semestinya ia memerlukan rehat juga. Face Booster adalah rawatannya. bagus di amalkan kerana mampu merawat serta memberikan kesan pemutihan sekata pada wajah jika diamalkan secara teratur.

Jadi apa lagi yang ditunggu dan dinanti. Berminat boleh terus ke http://www.come-and-glow.com/eskinol-little-luxury atau hubungi terus untuk tempahan atau COD +60162324103 untuk sebarang pertanyaan. Dan mereka sangat friendly dan sangat membantu dalam memberikan maklumat tentang produk serta kesesuaian pemakaian. 


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…