Skip to main content

Join St Ives Instagram Contest


Orang selalu tanya, kenapa kulit licin sangat, pakai apa, dan aku jawab dalam nada gurau senda "hari-hari tenyeh kertas pasir. hahahah .. Tapi realitinya memang taklah, kalau yer pun dah hancur kot kulit muka. Ngeri muka kang kalah Zombi. Hahahah.. tapi tulah.. nak cantik bukan senang, kena ada satu sikap yang tertib dan rajin serta komitment yang tinggi. Setakat angan-angan mat jening je. Memula je semangat belum pertengahan jalan dah give up dan start malas, ko mimpi jela nak kulit gebu macam Snow White.

Kalau dulu-dulu macam-macam petua dan macam -macam bahan semulajadi digunakan sebagai remedy untuk kecantikkan. Tapi Zaman dan berubah, Orang sume nak cepat dan tak suka benda remeh, lagi-lagi memerlukan masa yang lama dalam peyediaan sesuatu bahan. tau tau jela kalau disuruh buat bahan remedy kecantikan walau hanya 5 minit manusia sekarang dah malas. Tak suka.. Tapi naseblah ada St Ives ni. Bahan semulajadi yang telah dihasilkan dalam packaging yang mudah bawa paling penting segala kebaikkan nutrisi dan tak perlu ragu untuk bahan yang terkandung di dalamnya sebab semuanya menggunakan 100% bahan semulajadi. Fomulasi dihasilkan tanpa paraben yang boleh merosakkan kulit, hypoallergenic, Dermatologist tested akhir sekali non Comedogenic. Dasat tul bahasa saintifik nutrisi ni kan.?

So nak dijadikan cerita tergerak hati nak join contest St Ives ni kat Churp Churp. So gigihlah mendapatkan St Ives sambil guna sambil dapatkan result dan akhir sekali selfie sebagai bukti. Yang bestnya aku ada prop sendiri yang takda jual kat luar iaitu anak aku. hahha Azriel2 buat mommy gelak jela. Dia sangat bagus, sentiasa menyokong mommy dalam apa jua mommy buat. Kadang ada je yang bising sebab libatkan anak dalam bab macam ni, yela anak aku kan laki. Alah sebagai prop je kot. InsyaAllah anak aku takkan to that extend untuk jadi bukan-bukan. Kalau betul cara didiknya insyaAllah.

So doakan kot-kot ada chance nak menang tak kisahlah menang apa pun, sekurangnya can prove something kat azriel dari effort yang die dah buat untuk mommy. hihi.. 

Ok nak belanja gambar masa contest aritu.


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…