Posts

Showing posts from September, 2016

Double Celebration for New Staff and Birthday Boy

Image
Semalam ada majlis luncheon team 500 (Investment team). Yang ni Onie staff baru dari evaluation yang belanja. Baik hati tau belanja kami, bukan sikit semua orang 12 orang dalam satu team. Kebetulan tarikh lahir vice president kitaorang a day before, Kira CIO texting aku kira nak buat double celebration on the day itself, Sambil buat sambutan staff baru dan juga sambut birthday boy.  So venua makan-makan adalah sangat unik. Hihi Onie pilih Subway, Healthy sangat kan?? hahah makan-makan tapi tetap sihat. Jam 12 Ajue dah texting cakap cake dari  EAT CAKE TODAY  dah sampai dan aku kena collect dan sorok. Dalam 12.30 kami ke G Tower sekali dak Onie dah anta gambar itu birthday boy sudah sampai dah. Laju je dia kalau bab makan.. eh..eh.. xlah  (jangan dia baca ni sudah.. mati aku) Entry kali ni aku share gambar Birthdayboy je semata bagi korang cuci mata sepuas hati ok.  Ok nilah budak baru tu, Onnie. Happy go lucky, bold dan spontaneous

Join St Ives Instagram Contest

Image
Orang selalu tanya, kenapa kulit licin sangat, pakai apa, dan aku jawab dalam nada gurau senda "hari-hari tenyeh kertas pasir. hahahah .. Tapi realitinya memang taklah, kalau yer pun dah hancur kot kulit muka. Ngeri muka kang kalah Zombi. Hahahah.. tapi tulah.. nak cantik bukan senang, kena ada satu sikap yang tertib dan rajin serta komitment yang tinggi. Setakat angan-angan mat jening je. Memula je semangat belum pertengahan jalan dah give up dan start malas, ko mimpi jela nak kulit gebu macam Snow White. Kalau dulu-dulu macam-macam petua dan macam -macam bahan semulajadi digunakan sebagai remedy untuk kecantikkan. Tapi Zaman dan berubah, Orang sume nak cepat dan tak suka benda remeh, lagi-lagi memerlukan masa yang lama dalam peyediaan sesuatu bahan. tau tau jela kalau disuruh buat bahan remedy kecantikan walau hanya 5 minit manusia sekarang dah malas. Tak suka.. Tapi naseblah ada St Ives ni. Bahan semulajadi yang telah dihasilkan dalam packaging yang mudah bawa

Petua Hilangkan jeragat (blackhead/whitehead) pada hidung.

Image
Aku tahu rahsia ni pun dari salah seorang influencer barat. Dah lupa nak dan page dia. Tapi lepas aku sendiri mencuba memang menjadi. Tahu jela jeragat kat hidung lah paling susah nak tanggal atau hilang, perlu belanja besar dan tentunya kebanyakkan mereka yang berduit boleh lah ke spa atau salon yang menawarkan khidmat tersebut. Tapi petua yang aku nak share ni memang tak perlu kos mahal dan barangnyapun memang ada setiap masa dalam umah kita iaitu... Caranya : campurgaulkan sekali 2 bahan tadi dah sapu pada hidung, boleh gunakan tangan atau berus gigi lama yang dah tak guna, sental perlahan-lahan dan lihat hasilnya selepas itu.. (^^) winckkk!! Skali buat je ni, seminggu buatlah 2x . Boleh nampak beza kurangnya black head tadi kan.. P/s : abaikan idung gua yang kembang setamn tu.. sebab nak bernafas masa menyental tu kira seksa gak, sebab ubat gigi mint tu berangin, hahahahah... segar je ngasenya..

Rendang Ayam tanpa Kerisik dari SDTKC

Image
1st time buat rendang tanpa kerisik ni. Itupun cari kat resepi Google. Baru aku tahu yang rendang tanpa kerisik ni berasal dari Kelantan. Memandangkan 1st time cuba, tak tau apa rasa, sehinggalah ia siap dihidang dan aku sendiri merasanya. Nak dijadikan cerita, rezeki langkah kanan orang tua datang rumah dan diorang merasa. Absolutely dapat pujian.. hihi tak taulah samada puji amik hati atau ape, sebab diorang makan nasi bertambah. hihi.. (sedap lah kot) sebab aku pun rasa aku masak sedap kihkih. Ni resepinya cara aku masak rendang, (rendang ni lagi di perangat dan dipanaskan sampai kering atas dapur, lagi sedap nak makan yer dak?) BAHAN-BAHAN 1 ekor ayam (lebih kurang 1½ kg) 15 biji bawang merah kecik atau 5 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 15 biji cili api 2 helai daun kunyit diracik cam bunga rampai.(samada untuk hiasan atau nak masukkan sekali dalam adunan) 4 helai daun limau purut 3 batang serai 2 kotak santan segera (ini je yang aku dapat c

Main make up -make up

Image
Try and error make up yang baru aku beli kat sephora. Amacam? ok tak?  Tapi mascara ni aku beli online kat IGshop

Merdeka Chill out

Image
Semalam cuti merdeka, so macam biasa girlfriend aku si Arlya akan roger-roger untuk keluar berjimba. Bila dah deal set date time sume. Planning proceed la. Kebetulan teacher azriel dah tamat contract, so sebagai tanda terima kasih selama menjaga Azriel, Aku plan belanja diorang makan, kami ke IOI macam biasa lah.. Tapi jujur aku cakap frustrated betul masa sampai sana, cari parking dekat sejam, dah dapat parking, cari kedai nak makan semua queue ok. Gilerlah.. pack manusia tak tau mana datang. Boleh dikatakan semalam lah lepak time paling tak best. Sebab die punya crowd macam giler. Berlaga bahu tau. Stress aku... xsuka xsuka xsuka!! Tak syiok dan memang kena plan next outing untuk cover balik. Kesian teacher nurul dan teacher Azlin. Takpe nanti boleh jumpa dan lepak lagi kan teacher. Balik je terus aku kena serang sakit kepala tahap dewa. Telan panadol pun tak jalan. Muntah -muntah aku dibuat bila ingatkan balik crowd kat IOI Putrajaya tu... huhu..  Ini je gambar kenangan