Wedding reception marathon
- January 12, 2016
- By suara dari telapak kaki comel
- 0 Comments
Hujung minggu yang busy. Sabtu malam attend wedding dak Yan. Officemate aku akhirnya menamatkan zaman bujangnya bersama buah hati tercinta. Cantik sangat dia malam tu. Jarang nampak dia make up bila malam tu, terus nampak orang lain. Yang pasti dia sangat lah cantik, pelamin cantik, baju cantik make up cantik senyum cantik mata..auwww santek sangat.

Cantiknya lahai dia ni. Korang kalau tengok live confirmed melting sebab dia memang sweet, kecik molek je orangnya. tutur kata sangat lah berbudi bahasa. Wedding reception buat kat La Veranda Taman Dagang Ampang. Cantik deco wedding Yan. Buat pengetahuan korang Ibunda Yan baru sahaja kembali ke rahmatullah sebulan lepas. Sebak rasa tabah betul dia dan family. Sama-sama sedekahkan Alfatihah. Si cantik manis ni mmg memiliki senyum yg paling cantik penah aku jumpa. Buatlah muka camne pun tetap comey tahap melampau.. hari ni adalah hari bahagia dia.
Happy newlyweds dik izyan aka yan. Semoga hubungan kamu berdua kekal hingga jannah. Lahirkan zuriat yang soleh/solehah diberkati dan diberi rezeki yang melimpah 😄😚😙👑💑👰 cantik berseri xpuas tatap😇😚 kenapa cantik sangat
Esoknya plak aku ke wedding reception kawan badminton. Hamboi sakan melawa pengantin. Mau taknya 10 pasang ngko hado. Baju tukar-tukar posing-posing sampai lebam. Wedding bertemakan ala Jawa. Sanggul dan tanjak tahyah citer lah, haruslah tinggi-tinggi. Berseri pengantin perempuan, sipu-sipu malu...
Selamat pengantin baru Napi dan pasangan. Semoga bahagia kekal sampai bila2. Aamiin 💑👰😚😇👑
0 100 org jejak kaki
Pinkygroupsaid