Cekodok Pisang Vs Kek Pisang

  • December 07, 2015
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 0 Comments


Dua jenis hidangan berlainan yang menggunakan bahan yang sama. kedua dua ini juga adalah menu kegemaran aku. Tapi paling suka cekodok pisang lah. Memang boleh dikatakan cokodok pisang adalah makanan paling mudah kenyang dan tahan lapar. Dua menu ni aku makan untuk breakfast dan minum petang. 


Bahan-Bahan:

500 gram pisang emas (anggaran 15 hingga 20 biji pisang bersaiz kecil)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam halus
2 sudu besar gula

Cara Penyediaan:

Lenyek pisang sehingga hancur .Masukkan garam, gula dan tepung gandum sedikit demi sedikit, jangan masukkan tepung gandum sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza beza dan bergantung pada kuantiti pisang.

Jika adunan masih lembik, tambah  tepung sedikit demi sedikit.
Uji adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang dan rangup.

Angkat dan hidangkan.

Tips : Boleh dibakar atau dikukus untuk jadikan ia kek pisang.

You Might Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah