Posts

Showing posts from December, 2015

Rezeki hari pertama datang keje, layan Naan Cheese di Restoran Beriani Asif Jalan Imbi

Image
limpahan cheese berganda lemak.. Ini yang di istilahkan dah mengantuk disorongkan bantal.. Eh betul ke pepatah aku ni..? hentam jela janji korang paham-paham jela. Memang rezeki tu tak kira hari masa dan keadaan. Kalau dah tuhan kata hari tu hari baik bulan baik, tak perlu ragu-ragu lagi bersyukur lah kita. Nak-nak bertambah bersyukur bila ada kawan-kawan yang sempoi. Perut tong dan paling penting makan tak kira waktu. Lepas makan baru nak diet or lepas makan baru bincang malam kang nak joging brapa kilometer untuk hilangkan lelemak yang terrrmakan tadi. Datang pagi Boss Azizul dah payung teh panas kaw kat B1, lunch lak Boss Hafizi lak payung makan kat Restoran Assif Bukit Bintang one of the Pakistan restaurant yang terkenal dengan masakan yang berempah dan pedas. Bagi pengemar kambing, gulai atau masakan jenis grill juga ada terdapat disini. Untuk jenis hidangan western pun ada, cuma telah diolah dan direka bagi mengekalkan tradiri rasa masalah pada setiap hidangan. Senan

Hari pertama selepas 10/10/15 drive keta pegi keje.

Image
Hari ni merupakan hari pertama aku selepas 2 bulan lebih berehat dirumah. Kesan dari kecederaan lutut dan pembedahan acl aritu. So pagi ni aku kua awal memandangkan aku nak drive sah-sah lah amik masa kot nak hadap jam bagai. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sampai dengan selamatnya. Tapi tula terawal la plak, walau drive pagi tadi 50-60km/h. Mungkin dah hujung tahun orang ramai cuti keretapun tak banyak so lengang lah jalan rayanya. Kat opis lak tak ramai orang sebab masing-masing menghabiskan cuti tahun. Apepun semua went well. Gambar pertama datang keje selepas lebih 60 hari bercuti.

Juicy Couture Tote bag by Azie Azriena

Image
Ada yang tanya mana beli bag pink menyala ni. Cantik!! Eh cantik ke?? terima kasih. Aku beli bag ni kat Cik Azie Azriena . Yang bagusnya semua 100% original yer bukan gred2. Kebanyakkan handbag aku beli ngan veliau. Bukan taknak beli kat butik, apalah sangat beli kat butik, hanya mengaharapkan paperbag dan ada side gift bagi setiap promosi. Boleh je kalau korang jenis yang begitu. Aku tergantung pada situasi, mostly aku suka beli yang order-order ni. Dan kebanyakkan takda kat keluaran Malaysia. Nanti pakai tersama lak ngan orang lain. Lagipun jimat duit masa dan yang penting ia tetap barang original. Kepuasan hati tu penting. lagi pula kalau beli bag dengan cara ni, kita bole budget duit berapa perlu spend untuk satu bag. hahah yela.. untuk handbag aku tak suka belanja lebih, rugi lama-lama rosak jugak sebab awak guna buat lenjang je. Jangan kata nak pakai cermat. Sejak dahda anak ni bag kulit kesayangan aku pun duk kat kaki je bila drive. Yela anak diutamakan. Kadang dalam bag ma

Star Wars The Force Awaken 2nd Azriel's Movie

Image
Tak teringat lansung nak snap gambar Azriel time ni sebab Azriel dalam stroller nyenyak tido so kami lak pikir, baik takyah kacau.. huhu.. walau ni 2nd movie Azriel masuk panggung. maafkan mommy Azriel,, mommy terlupakan kamu sebabkan keeksaitekan mommy yang melampau setelah 2 bulan tak keluar tengok dunia.. whahahahah... Posing haruslah.. kata nak nengok wayang citer Star Wars kan.. Thanks to en suami sebab belanja kami tiket wayang dan popcorn saiz besar set. Sedikit Sipnosis tentangnya. Star Wars: The Force Awakens (bahasa Melayu harafiah Perang Bintang: Kebangkitan Kuasa) merupakan sebuah filem berbahasa Inggeris yang mula ditayangkan pada bulan Disember 2015. Star Wars: The Force Awakens ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah J. J. Abrams. Filem ini merupakan filem Star Wars utama yang ketujuh, yang dibintangi oleh Harrison Ford, Mark Hamill, Carrie Fisher, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong'o, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Anthony Daniel

Cinta hati mommy dunia akhirat.

Image
Si hero yang mirip wajah gegirl ni anak kesayangan kami. Banyak ragam dan surely lasak dan nakkal. Pening kepala nak monitor. Ada saja akalnya untuk mengelak dari kena marah atau di bebel mommy. Yang pasti dia anak daddy. Terlalu dimanjakan daddy dia sampai tahap mengada. Walau mengada nakkal dan lasak tapi tetap jadi penawar/penghibur terbaik bila kami letih dan stress. Saaaayaangggggg... Azriel

Cinta hati mommy dunia akhirat.

Image
Si hero yang mirip wajah gegirl ni anak kesayangan kami. Banyak ragam dan surely lasak dan nakkal. Pening kepala nak monitor. Ada saja akalnya untuk mengelak dari kena marah atau di bebel mommy. Yang pasti dia anak daddy. Terlalu dimanjakan daddy dia sampai tahap mengada. Walau mengada nakkal dan lasak tapi tetap jadi penawar/penghibur terbaik bila kami letih dan stress. Saaaayaangggggg... Azriel

Review : Dr.G Sensitive + Daily Safe BB Cream SPF30 PA++

Image
Produk dari Korea ini sangat terkenal dan boleh didapati di cawangan SASA berdekatan. Ia merupakan satu bahan yang memberikan rangsangan serta sebati pada permukaan kulit menjadikan kulit kelihatan natural dan fresh. Difomulasikan dengan 10 bahan semulajadi terbaik yang menstimulasikan lapisan kulit wajah dalam erti kata lain ia sebagai ransangan lembapan, kebolehannya menutup cela terutamanya kesan kemerahan pada kulit dari pancaran terus sinar matahari dan bahang dari sinar UV. Antara kandungan termasuklah parabenes, benzophenone, tar color, talc, mineral oil, petrolatum, triethanolamine, Sulfate surfactant, propylene glycol, benzyl alcohol). Bahan-bahan ini adalah salah satu cara bagi mengekalkan stuktur kulit bukan saja dari luar tapi juga dalaman bagi pertumbuhan kulit baru sambil membina perlindungan lembapan pada kulit menjadikan kulit wajah tampak moist sepanjang hari. Bahan kompleks yang ringan dan terkandung sebanyak 39% air yang membantu ketahanan kulit hingg

Puaka si Celupar

Image
Assalamualaikum lama betol aku cuti sakit. Yela bulan lepas kan aku jalani pembedahan lutut aku klik bagi nak tahu lanjut  . Bukan senang dan ia memerlukan kesabaran tahap tertinggi bila aku harus lalui tempoh-tempoh kesakitan paling tenat. Sehingga kadang-kadang menadikan aku seorang yang pemarah dan kadang-kadang aku aan menangis sendiri kerana tiada kemampuan untuk menjalankan sesuatu keje rutin dengan sendiri. Yer aku tak minta dan ini memang dugaan dan ujian yang Allah bagi pada aku supaya lebih beringat dalam melakukan apa-apa keje. lagipun sakit tu kan mencuci dosa. Tapi korang tahu tak ada juga segelintir umat manusia yang masih tak paham dan buat-buat tak paham dalam erti kata lain sengaja mengadakan cerita ibarat kesakitan yang aku alami ini adalah dibuat semata-mata. Celaka lah mulut hawau yang ngata aku tu. Ngko tak rasa dan ngko takkan penah tahu apa sakit yang aku kena hadap. Yer siap ada yang boleh compare lak sakit nak beranak lagi sakit. Aku ni sakit lutu

Layan Azriel main Play Doh

Image
Ok kali ni permainan berubah lagi, dari main pasir, then lego block dan sekarang tanah liat atau bahasa moden Play Doh (dough). Zaman kita kanak-kanak dulu, main tanah liat yang kerbau berkubang je. Kanak-kanak zaman sekarang moden sungguh. Siap tanah liat tu bewarna warni lagi. Tak busuk dan hanyir macam tanah liat dulu. siap bau sweet je. Kalau tanah liat sana, mula lah jumpa cacing lah atau sebarang hidupan yang tak sanggup nak bayang (grrr..geli). So nak bagi Azriel merasa juga macam mana rasa bila pegang play doh ni. Nampaknya dia seronok. Aku beli kat DIY je. Jadilah untuk buat mainan si kecik. Sebab bila korang tengok pada penghujung gambar ni, keadaan playdoh yang bermacam warna akan bertukar jadi warna pelangi. Aku beli yang set play doh untuk buat aiskrem ada 6 color set doh, 2 mould, 5con, 1 scoop, 2 icecream stick dan 1 spatula RM29.90 Bermulalah aktiviti cedok-cedok aiskrim.. Tak payah ajar, barangkali dia dah biasa tengok dalam youtube la tu. Tau je setiap mould tu untuk

Layan Azriel main Play Doh

Image
Ok kali ni permainan berubah lagi, dari main pasir, then lego block dan sekarang tanah liat atau bahasa moden Play Doh (dough). Zaman kita kanak-kanak dulu, main tanah liat yang kerbau berkubang je. Kanak-kanak zaman sekarang moden sungguh. Siap tanah liat tu bewarna warni lagi. Tak busuk dan hanyir macam tanah liat dulu. siap bau sweet je. Kalau tanah liat sana, mula lah jumpa cacing lah atau sebarang hidupan yang tak sanggup nak bayang (grrr..geli). So nak bagi Azriel merasa juga macam mana rasa bila pegang play doh ni. Nampaknya dia seronok. Aku beli kat DIY je. Jadilah untuk buat mainan si kecik. Sebab bila korang tengok pada penghujung gambar ni, keadaan playdoh yang bermacam warna akan bertukar jadi warna pelangi. Aku beli yang set play doh untuk buat aiskrem ada 6 color set doh, 2 mould, 5con, 1 scoop, 2 icecream stick dan 1 spatula RM29.90 Bermulalah aktiviti cedok-cedok aiskrim.. Tak payah ajar, barangkali dia dah biasa tengok dalam youtube la tu. Tau

Eyeliner teknik dan video tutorial.

Image
Eyeliner merupakan salah satu teknik solekan/alat makeup yang biasa digunakan untuk mencantikkan serta menegaskan bentuk mata. Eyeliner biasa digunakan oleh semua jenis dan bentuk mata, dari mata yang sepet hinggalah mata yang bundar/besar. Penggunaan eyeliner yang tepat akan membuat pemilik mata kelihatan lebih tegas serta tajam. Namun tidak semua tahu bagaimana tips serta pemakaian eyeliner berbentuk cair ataupun pensil digunakan sehingga menghasilkan kesan effect mata yang memukau.  Penggunaan eye liner mengikut bentuk mata boleh dirujuk dari gambar rajah dibawah dan video tutorial dari youtube. Terima kasih Mr. Google untuk semua sumber gambar. Pict credit : TonyMoly Tutorial dan tips dari youtube