Skip to main content

Fakta Mengenai Penuaan Kulit



Memahami Punca-Punca Penuaan Kulit



Pendedahan Kepada Matahari

Kebanyakan masalah penuaan yang disebabkan oleh faktor luaran terjadi akibat pendedahan kepada cahaya matahari. Kerosakan yang terkumpul hasil pendedahan selama bertahun-tahun lamanya akan menyumbang terhadap penuaan pramatang kulit. Cahaya ultralembayung (UV) bertindak menguraikan kolagen dan elastin dalam kulit serta membantutkan penghasilan kolagen. Cahaya matahari juga menyebabkan timbulnya jeragat, bintik tetua, vena varikos pada wajah, kulit kasar dan keras, kedutan dan garis-garis halus, geleber, pigmentasi serta kanser kulit.

Faktor-Faktor Persekitaran Lain 



Pencemaran, asap dan cuaca yang keterlaluan merupakan salah satu punca utama penuaan kulit. Radikal bebas yang wujud dalam persekitaran tercemar juga boleh merosakkan sel-sel kulit.

Graviti

Tarikan graviti bumi (walaupun kita tidak menyedarinya) memainkan peranan penting dalam perubahan bentuk tubuh apabila meningkatnya usia. Ketika usia mencecah 50 tahun, kulit kian hilang keanjalannya dan kendur serta geleber mula berlaku pada muka dan bahagian badan yang lain.

Posisi Tidur 

Tidur dengan merehatkan muka anda pada posisi yang sama pada bantal setiap malam boleh menimbulkan kedutan atau lebih biasa dikenali sebagai garis-garis tidur. Lama-kelamaan, garis-garis tidur ini terus ‘terukir’ pada wajah anda buat selamanya.

Merokok 

Merokok mencetuskan perubahan biokimia tubuh yang menyebabkan proses penuaan kulit berlaku lebih cepat berbanding normal. Kajian menunjukkan bahawa kulit individu yang menghisap lebih 10 batang rokok setiap hari selama lebih 10 tahun akan cenderung untuk menjadi keras dan berkedut dengan teruk. Warna kulit yang kekuning-kuningan pada seluruh tubuh dan jari juga adalah kesan sampingan merokok jangka panjang. Perbuatan menggigit rokok di celah bibir secara berulang kali akan mengakibatkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah terutamanya di sekeliling bibir dan dagu.

Tanda-Tanda Awal Penuaan

Kulit, yang meliputi 16-18 peratus berat badan, ialah organ tubuh manusia yang paling besar dan paling jelas dilihat.
Bagi wanita, penampilan dan penjagaan kulit yang sempurna merupakan rahsia kelihatan menarik. Salah satu faktor yang menekan wanita ketika memanjat usia ialah apabila melihat perubahan kulit mereka, bermula daripada garis-garis kedut yang halus. Malahan, kulit akan kehilangan ketegangan dan kegebuannya.Namun begitu, anda kini boleh menarik nafas lega kerana pelbagai kaedah telah tersedia bagi menjamin kesihatan kulit serta memperbaiki sebarang kerosakan yang telah berlaku. Langkah pertama dalam usaha mengekalkan kejelitaan kulit adalah dengan memahami sepenuhnya anatomi kulit anda.

Ciri-Ciri Penuaan Kulit

Dengan usia yang semakin meningkat, lapisan bawah kulit akan melalui perubahan seperti:
Penipisan
Kadar penghasilan sel yang semakin perlahan pada lapisan sel basal epidermis menyebabkan ia mula menipis. Akibatnya, kulit akan mengecut dan mudah berkedut.

Gelebeh

Apabila kulit semakin berusia, kadar penghasilan elastin dan kolagen yang semakin kurang menyebabkan ia lebih mudah menggeleber. Kulit yang lebih tua juga cenderung dipengaruhi graviti; gelambir pada rahang dan kawasan bawah mata adalah contoh kesan tarikan graviti terhadap kulit.

Kedut 

Bermula apabila lapisan kolagen kulit, satu rangkaian padat fiber yang memberi kekuatan dan ketegangan pada kulit; mula menjadi lemah dan terurai. Lapisan kolagen kulit ini akan 'runtuh' dan tidak lagi berkemampuan menyokong lapisan-lapisan kulit di atasnya, menyebabkan bahagaian yang tidak rata di atas permukaan kulit muncul sebagai kedutan.

Bintik Tetua 

Sel-sel pigmen (melanosit) akan terhasil dengan lebih banyak dan tertumpu di beberapa kawasan tertentu, seterusnya membentuk bintik tetua atau jeragat. Bahagian yang sering terdedah pada cahaya matahari, umpamanya bahagian belakang tangan, lebih cenderung mengalami masalah bintik tetua.

Kekeringan

Kulit yang lebih tua mempunyai kelenjar peluh dan minyak yang kurang berbanding kulit muda. Akibatnya, kulit lebih mudah mengidap masalah berkaitan kekeringan seperti kulit yang keras, mengelupas dan gatal.

Vena Varikos 

dalam kulit tua dan nipis akan sentiasa membengkak dan lebih mudah pecah serta lebam. Masalah ini dikenali sebagai vena varikos.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…