Skip to main content

neng geulis Clearance Sale.


(Dalilah cardigan RM79 dari RM89, Plain Jean RM100 untuk 4pcs, dan Glitter Jean RM100 untuk 3pcs. kalau harga asal mau ko tak makan sebulan untuk semua nilai setiap helai ni.)

Wanita tidak dapat lari dari.... SSHOPPING! ! Dan habit ini juga menghantui aku. Dah banyak kali aku cuba bertahan, tapi apakan daya.. aku insan yang lemah lagi rapuh..nak-nak pulak bila ada perkataan "clearance" or "sale". Ok.. matilah kalau laki aku baca post ni.. huhu.. nak buat camne.. ubat stress dan sedih paling mujarab diabad semesta ni adalah SHOPPING.  Sorry dad!.

So korang yang ada penyakit pantang sale atau clearance tu. Boleh lah serbu butik neng geulis berhampiran korang. Sebab kebanyakkan koleksi yang diorang ada sangat cantik, trending dan paling penting harga tu dah tahap runtuh bumbung. (Cakar-cakar muka bila belek setiap koleksi clearance. Huhu menangis sendu bila tengok harga. Jauh betul potongan harga dari harga asal. Tak caya? kena lah pegi tengok sendiri. Atau layari laman website rasmi nengeulis di http://nenggeulis.com.my/ Tawaran promosi sah sehingga 31 Mei 2015. Jom beramai ramai...



 Ok dah-dah wani.. tak payah nak belek lagi.. nampak tak ape yang ko dah berjaya sambar dalam paperbag kat siku tu. Cukup kang aiman ko bang kat telinga kang baru tau,insaf-insaf !!! (pesanan untuk aku jugak)


Ok kitaorang datang dengan dua kereta dah kak Reen salah seorang darinya. Dan aku yakin serta berani jamin dia buyer yang sangat havoc. sebab boleh dikatakan die borong keseluruhan koleksi tudung dan cardigan. Kira aku dan wani masih terkawal lah. Dan aku suka sebab dia rajin telitikan setiap pilihan kami. tajam mata dia. (pesan dia pilih betul-betul elok dan kemas supaya tak menyesal sebab nanti tak boleh tukar)


Ok dah kami berdua.. muka ada sehnyummmm.... 

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…