Posts

Showing posts from April, 2015

Product Review Jumbo Lip Crayon by NYX

Image
Kemarin punya aktiviti, Dak wani ajak aku temankan dia pergi Shepora. Macam biasa, aku dah make up tidak mampu terpisah, dan plak aku jenis tak pandang pada specific brand janji bila apply kat wajah aku akan mudah blend dan jugak menarik Yang penting kualiti tu yang buatkan aku akan terus menrus dengan produk pilihan. Sebab tula kesudahan aktiviti kami, aku terjebak untuk terrbeli Jumbo Lip Crayon dari NYX. Sebelum ni banyak koleksi lipstick aku, adalah dari jenama NYX. Kenapa? sebab ia sangat affordable dan kualiti produk tersangat lah bagus. Mana taknya .. kalau korang memang sukakan make up macam aku. surely korang akan tau bertapa bagusnya cosmetic collection dari NYX ni. Dan disebabkan itulah aku terpanggil untuk buat review tentang JLC by NYX ni. Harga yang berbaloi, mampu bayar dan kualiti yang superb!! Sapuan sekata dan creamy, dan tahan lama.Dari pengalaman aku sendiri bila apply lip crayon ni lepas makan pun, warna JLC by nyx ni tetap kekal teserlah. Tak caya?? kena pe

Eyebrow Models Review

Image
Kali ni entry pasal kening. Sekali lagi aku upkan pasal eyebrow tutorial. Kalau sebelum ni, tutorial eyebrow ni aku penah post kat previous entry.. Klik sini Ok kali ni, aku nak share cara paling mudah senang tahap bentuk/lukis kening sambil kopek kuaci. Hah.. mampu?? Dengan alat yang akan aku kenalkan kat bawah, confirmed korang akan suka. Kat mana aku jumpa Eyebrow Models ni. Hah.. masa tu aku ngan en asben masuk DIY kat dalam Jusco Eon. Benda lain yang aku cari benda lain yang aku jumpa. Taaadaaa.. dahla harga dia.. korang nampak kan? hihi murah tahap dewa. Kalau kat online shop ni sah-sahlah dorang jual dengan harga puluhan ringgit. Sebelum ni aku selalu je tengok iklan  atau Instagram yang duk promote Eyebrow Models ni. Tapi bila pikirkan balik, nak ke spend untuk hanya alat bentuk kening, sedangkan aku dah biasa conteng secara manual je kot kening aku hari-hari. Memandangkan harganya yang murah.. Aku pun sambar dan bawak balik lah. Jomlah layan gambar dan video end resul

Lemak kuning ikan merah cara SDTKC

Image
Gulai kuning adalah antara senanarai favorite dish Azriel. Nak masak pun senang. Lagi-lagi amalan kitaorang selalu hidangkan Azriel dengan lauk sayuran hijau dan lobak merah, selain telur hancur ikan juga kitaorang galakkan Azriel untuk makan. Korang pun tahu yang isi ikan putih adalah baik untuk kanak-kanak. Sumber : Berita Harian  Hasil kajian juga sudah membuktikan ikan mengandungi protein berkualiti tinggi, di samping asid amino yang diperlukan tubuh untuk pertumbuhan, malah memiliki kandungan khusus dan membantu mengurangi risiko berbagai penyakit merangkumi sakit jantung serta kanser.  Oleh itu, tidak mustahil apabila statistik menunjukkan sehingga 1995, kadar pengambilan ikan di Malaysia ialah sebanyak 39.1 peratus dan meningkat sehingga 56 peratus pada 2010. Ikan turut mengandungi nutrien lain seperti asid lemak, vitamin dan mineral. Kandungan kalori lemak dalam ikan juga rendah. Kesedaran mengenai kaitan antara diet dan kesihatan menyebabkan pengguna lebih mengambil

BIRTHDAY'S AZRIEL (TURNS 2) PART 2

Image
Part bdaay party ke 2 ni aku nak ceritakan suasana sepanjang majlis tu. Syukur alhamdulillah kali ni kedua belah orang tua dan mertua serta keluarga terdekat ada bersama bagi memeriahkan lagi majlis.  Suasana sepanjang majlis berlansung.. Nampak x kedua orang tua aku yang super duper sporting. Bila aku bagitahu yang tahun ni tema BOLA. Trus dorang pakai baju bola. Yang tak tahan tu mak aku lah sip g beli baju bola tu.. kahkahakah,,, steady lah mak.. ni yang Azriel sayang sgt kat tokmok ni!!! Anak anak buah yang tak sabar nak motong kek. Korang tengoklah si kecik yang dalam baby chair tu.. tula "Bday Boy" aku dah lock siap siap dia dalam baby chair tu supaya dia tak meragam dan bosan. Nasib ada kakak abang spupu yang rajin melayan. Ok bersama adik bungsu kesayangan en suami. Acik aka Hasni Zuraida. Masih single orangnya.. dan tengah mencari.. (hahah ape kes duk pomot adik ipar ni). Azriel!? macam biasa korang tengok jela macam cacing kepanasa

Birthday's Azriel (Turns 2) Part 1

Image
Assalamualaikum,  Fuh..senseng lengan baju jap.. Hurm.. lap peluh sambil-sambil. Adoiyai lately ni aku bizi kalah PM mau taknya banyak paper work yang baru je diletakkan atas meja aku. So nak tak nak aku kena siapkan mengikut due date yang di tetapkan. Macam ni la awak keje saya. Kalau takda recepient anta claims takda lah kerja sangat selain tu hanya kemas kini dan follow up shortcoming apa yang patut. Ok stop citer pasal kerja. Meh kita borak pasal birthday anak teruna aku satu-satunya, jom!! 13/4/15 genab lah birthday anak aku Zairiel Azriel Hezry Zairul Azizi yang ke 2 tahun. Tapi pada tarikh ni aku sedang menduduki final exam untuk study aku lah. So takda lah kami sambut beria melainkan buat sedikit pre celebrate untuk Azriel kat umah malam tu. Nak buat kat luar?? isau nanti kitaorang jenuh main kejar kejar dalam restoran memandangkan Azriel dah taknak duduk setempat dalam tempoh yang lama (paham-paham lah yer). Tamat edisi pra sambutan dan selepa

Everyday Minerals Make up Brush

Image
Kali ni aku nak update pasal make up brush baru by Everyday Mineral  yang aku berjaya sambar, semestinya ia murah dari yang mana korang dapat atas kedai. Harga RM65.00. Kalau korang survey kat luar harga pasaran sekarang RM406 +-. nampak-nampak??? takyah buat terkejut yer. Tanya lah lagi.. mana aku beli. Kahkahkah.. aku kan biasalah..adoiyaii akan kaji dan kaji penjimatan yang mampu aku spend untuk perkara aku suka dan minat. Macam Jam lah. Jam adalah perkara pertama dan hobi smpai mati kot kumpul jam. Tapi bab make up plak adalah perkara kedua yang aku suka sangat buat. Tadaaa,,,, Meh kita nengok apa yang bestnya tentang make up everyday Minerals make up brush ni. Professional makeup tool set adalah set 11 rangkaian untuk sapuan sempurna pada kulit. Dihasilkan dari bulu-bulu synthetic yang berkualiti tinggi dan pemengang dari buluh (aku pun tak tahu besar mana buluh ni sebab sampai boleh jadi paddle pada berus. sebab kalau tengok buluh kita buat pelita hari raya tu xda plak s

1 portion macam makan untuk 2 orang.

Image
Aku tahu mesti ramai yang penah dan suka makan kat Swensen Cafe & Restaurant ni. Tapi ni biasalah, makluk paling lambat tau sebarang kedai makanan sedap ni. So nak dijadikan citer, hari Selasa lepas ( ye aku tau citer throwback ) Wani gang kaki lunch aku ada meeting, so aku takda gang. Pahtu plak member opismate yang lain plak duk tengah clean eat ( aku pun tapi hari tu lapar dan ter cheat meal ). Tingal lah gang borak study aku. Tapi dorang ni sume pangkat bosses la.. Harga yang mampu bayar, size portion yang besar gedabak. ni salad aku punya. besar gedabak bowl dia suai makan untuk 2 ke 3 orang ni Grill Chicken Salad. En Azizul punya Spaghetti Aglio Olio En Hafizi Mac N Cheese. Perghhh.. ini terbaik sedap plus ganda-ganda lelemak cheese di situ.. Acik punya  Double Cheese Beef Burger Aizuddin Maccaroni Bolognese Dah aku boleh bagi rate 10/10 sebab sedap, harga tak terlalu mahal.. lebih kurang makan kat nandos je d