Skip to main content

Weekend gateaway Lexis Port Dickson

Kalau ikutkan banyak lagi entry yang aku tak sempat nak update. Yer aku tahu bukan ada yang beria nak baca, apa aktiviti aku seharian dan apa aku dah achieved dalam hidup seharian aku. tapi tula aku mmg suka nak update. Share apa yang patut. Kot-kot ada yang sudi nak baca. Dan pada yang dah baca even just as a silent reader aku dah cukup gembira. Sekurang kurangnya hasil penulisan marhain macam aku ni. masih ada yang sudi nak baca.

Untuk update kali ni aku nak update aktiviti Hujung minggu yang mana, en suami telah tempah satu pakej holiday untuk kami sekeluarga (hamboi bunyi sekeluarga tu macam besar kan) 3 beranak je kot. So destinasi kali ni, adalah Lexis Port Dickson. Sebelum ni kaan aku pergi ke Sepang. Untuk Lexis adalah lawatan kali ke 2 aku kesini. Yela mula mula sampai sana aku pergi bersempena Family Day (honeymoon). Dan kat situlah terjadinya Azriel. Alhamdulillah!! hahah..

So kali ni kami pergi dengan adanya Azriel bersama. Keadaan yang masih tak berubah dan susun atur serta pakej juga tetap sama. Malas nak citer banyak layan gambar kat bawah, pasti korang dah boleh bayangkan, samada Azriel enjoy atau tak dengan trip kali ni.






Ok view bilik yang aku sempat snap sesampainya kami kat sini.


Muka en asben dan anak yang baaru bangun pagi. Pagi-pagi syiok sangat sejuk je. Ditemani angin sepoi-sepoi bahasa dan bayu pantai yang sejuk serta kicauan burung. so.. syiokkk...




Masuk bathtub taknak keluar adalah moment paling horror, stress nak keluarkan dia sebab dah kecut kulit kaki tangan naik biru muka, masih berdegil untuk keluar. Fine!! mommy stress lagi.



So otai yang lasak tahap dewa.. pengsan nak dilayan segala, sudahnya mommy dah daddy collapse
 (T ,T) 

Sebelah malamnya kami makan kat Medan Ikan bakar. Food dia sedap portion besar untuk 2 orang maakan, bahan tak kedekut. yeahhh!! semestinya harga sangat berbaloi RM43 hinggit untuk (tomyam campur 2 org makan, sotong tepung besar 2 ekor, sayur khailan ikan masin, ikan kembong bakar dan air tembikai dan limau suam) so kenyang.


Keesokkannya kami gerak balik. terasa penat satu badan, sebab jadi mak guard untuk 2 hero ni... Nanti kita planning pergi tempat lain laa plak yer daddy. Langkawi masih dalam wishlist tahun 2015. Yer korang mesti shocked "hah langkawi!?" ingat mane tadi. Yer aku teringin sangat nak pergi sana huhu.. last pergi 8tahun lepas. Tupun masa blaja kat perlis dulu. huhu..

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…