Skip to main content

Tertunai hajat Ke Magnum Cafe


Tertunai hajat untuk makan dan merasa kesedapan aiskrim yang dibangga banggakan oleh orang ramai, iaitu Magnum. Sekali lagi rezeki aku ditaja aka dibelanja oleh rakan opis yang bermurah hati. Hihi... Alhamdulillah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Yezza!!! So takdalah aku jadi blur jakun atau dalam erti kata lain mampulah menjawab kalau kalau orang tanya pasal Magnum cafe ni.

So inilah yang aku order. Nama memang dah tak hingat.. tapi yang penting. Lepas aku tgk deco dan rasa aiskrim yang disusun rias ni. Confirmed!  Balik umah aku sendiri boleh buat. Hahahha.. betul babe.. harga Rm22 sepinggan. 


Ok yang ni plak member aku punya.. thorbaek..ngasenyer.. sedap.. so conclusion nya balik umah pun boleh buat sendiri jugak. Tinggal beli jag kaca tu je.. heheh.. harga Rm27. Nama dah lupa..


Dan ini plak menu list jenis deco yang korang suka. Owh.. sebelum terlupa.. kalau korang yang baru nak pertama kali jejak. Jangan salah paham.. yang korang tengok beratur tu bukan tunggu meja. Tapi yang nak take away order. Sebabnya kalau korang berhajat nak lepak dan merasai suasana makan dalam Magnum Cafe ni. Korang wajib order heavy dish atau hot platter dorang paling tak pun pasta atau makanan selain seketol aiskrim yang orang ramai duk beratur. Yang mana harganya jauh lebih murah dalam lingkungan harga Rm10 seketol...hah! Satu lagi.. semua fishes platter yang dorang ada range untuk setiap hidangan adalah mampu bayar dan sangat2 ok.. serious ni.. macam harga ko makan pizza takpun Nandos gittew.


Gigih abg kacak ni cover macho during deco2 aiskrim while am was trying to snap his picture..


Ruang Cafe yang exclusive dan happening... pelayan pun manis manis.. kacak kagum.. macam aiskrim...



Apa apapun thank you lah dik aka Aizuddin. Sebab blanja .. lenkali blanja lagi yer jangat serik.. saya memang confirmed makan sampai licin kalau belanja makanan kesukaan ramai camni.


Nampak x keceriaan teserlah...muhaha... benda free mau ko tak ceria yer dak??

Camne nak ke sini sila rujuk disini.

Magnum Cafe Kuala Lumpur
T-023, 3rd Floor 
Mid Valley Megamall
Waktu Operasi : Sunday to Thursday (10am to 10pm), Friday & Saturday 
(10am to 12am, last call at 11.30pm)




Comments

  1. dah lama cadang nak pergi. tapi until noww belum tertunai lagi.. huhu :)

    ReplyDelete
  2. alolo.. Insya Allah nanti awak pegi lah bawak boyfie..suh die banja.. ok..thun 2015 ni. masukkanlah dlm wishlist kawasan nak jajah ok?

    ReplyDelete

Post a comment

Pinkygroupsaid

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…