Skip to main content

Xiomi Redmi note 3rd adopted gadgets.

 Sumber dari google's image

Alhamdulillah rezeki aku bulan ni. Tah kenapa tertiba en suami baik hati nak blanja henpon baru. Tapi freckly speck aku dah tau motip dia belikan aku gadget baru ni. Sememangnya en suami adalah seorang yang bermurah hati dengan aku. Yeah semestinya, aku kan bini die. Hahaha. Dan sebab paling tepat adalah sejak pengenalan model2 terbaru design dan kecanggihan dan kelebihan setiap syarikat peranti telepon di seluruh Negara. China juga tidak mahu ketinggalan dengan teknologi yang lame di capai oleh syarikat Samsung juga Iphone. Sperti korang semua tahu atau siapa2 yang sedang menjadi silent reader di page aku, sememangnya tahu yang aku pengguna tegar Iphone dan jugak Samsung. (which is I had already  2 phone /device for my personal  use + blackberry (company phone)got 3 phone instead of 2 je yang sentiasa aktif pun.  Hahah tamak betul aku ni. Dah nak buat macam mana semua gadget ni en suami yang sponsor. Aku tak mintak, biasanya die dengan rela hati nak belikan. Dengan alas an taknak aku ketinggalan dalam kecanggihan teknologi. Cehh hakikatnya memang asben yang beria sangat nak kan gadget tu. Yer en suami memang macam tu. Bila die nak beli sesuatu tak kisah lah gadget or benda2 biasa untuk die, semestinya aku beli satu untuk aku. (Nampak x cirri suami mithali gittew)muahah..


 Sumber dari google's image

Ok aku guna aplikasi Iphone sejak dari tahun 2008 sehinggalah kecoh dengan kecanggihan teknologi yang diperkenalkan oleh Syarikat Samsung, sehingga mencuit hati aku untuk cuba aplikasi dari Samsung. Makanya tahun 2012 (hujung tahun) Samsung Note diperkenalkan dan aku serta en suami Berjaya miliki. So dare to declare yang aku sememangnya loyal user untuk  dua aplikasi telekomunikasi ni.

Tapi lately satu rangkaian telekomunikasi dari Xiomi Malaysia iaitu  Xiaomi Mi3 dan power bank Xiaomi mendatangkan kejutan di pasaran Malaysia sejak 3 minggu kebelakangan ini. Kesemua unit telefon pintar dan bateri tambahan yang dijual pada harga mampu milik Xiomi terjual dalam masa hanya beberapa minit (bukan minit pun dalam 10 second pun 1000 unit habis terjual). Kegilaan orang ramai yang cuba mendapatkan barangan Xiaomi menunjukkan mungkin akhirnya label “jenama dari China tak boleh dipercayai” akhirnya bakal pupus. 

Bagi memberikan lagi pilihan kepada pengguna, Xiaomi Redmi Note pula di perkenalkan. Dan inilah yang sekarang aku adopted. Hahahah.. nak kata gile gadget tak kisah lah tapi yang aku tahu Xiami Redmi Note mempunyai pelbagai aplikasi yang canggih dan standing dengan perician yang pada peranti handphone yang sedia ada. Apakah Xiaomi Redmi Note? Ianya peranti dengan skrin 5.5 “LCD IPS yang diperkasakan pemproses lapan teras 1.7 Ghz Mediatek MT6592. RAM sebesar 2 Gigabyte dengan muatan dalaman sebanyak 8 Gigabyte dengan sokongan penambahan memori dalaman sehingga 32 Gigabyte. Redmi Note ialah sebuah peranti dwi-sim dan yang menarik ialah ia menggunakan 2 kad SIM bersaiz normal. Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel untuk kamera utama dan 5 Megapixel untuk kamera hadapan. Skrin pula ialah dari keluarga IPS LCD dengan resolusi 720P. Bateri sebesar 3200 mAh melengkapi spesifikasi Redmi Note. Walaupun mempunyai saiz skrin dan diberikan nama Note, Redmi Note tidak didatangi dengan sebuah stylus seperti Galaxy Note 3 ataupun Asus Fonepad Note FHD 6.

Material peranti yang diperbuat daripada plastic sepenuhnya dan memberikan akses kepada bateri, 2 slot SIM dan slot MikroSD. Kebanyakan peranti terkni mempunyai ketebalan kurang dari 7 milimeter tapi tidak bagi Xiaomi Redmi Note yg  mencecah 9.5mm. Sistem operasi Android Jelly bean dengan antaramuka MIUI ROM digunakan pada peranti ini. MIUI ROM ialah antara ROM yang popular di kalangan pengguna Android dengan kemampuan kustomasi tema yang agak besar. Rekaan ikon adalah rata dan cantik untuk dilihat.  Redmi Note menggunakan butang kapasitif untuk mengawal peranti. Butang home ditengah-tengah dihimpit butang back pada bahagian kanan dan butang menu pada sebelah kiri.

Dari segi penggunaan selama 6 hari ini aku takda hadapi  masalah dalam kendaliannya. Kesemua aplikasi utama yang digunakan seperti Instagram dan Twitter berfungsi tanpa masalah (tidak seperti peranti yang menggunakan pemproses Intel Atom). MIUI ROM adalah ceria dan mudah digunakan . memuat naik aplikasi baru juga menjadi mudah bila keluasan screen pada  Xiaomi Redmi Note mampu memaparkan imaj sebesar dan seluas mata memandang. Tak p-erlu rasenya korang nak zoom in image untuk dapatkan kejelasan.

Pada pandangan pertama, Xiaomi Redmi Note ada ciri-ciri tablet underdog yang mungkin boleh mengejutkan pesaing di luar sana. Serta harga yang sangat reasonable bagi mereka yang mementingkan kualiti serta dan service yang ditawarkan di dalam aplikasi peranti ini.

Xiaomi Redmi Note
Pemproses
1.7 GHz Lapan Teras Mediatek
RAM
2 GB
Muatan Dalaman
8 GB dengan sokongan kad MikroSD
Kamera Utama
13 MP dengan flash
Kamera Depan
5 MP
Skrin
5.5″ IPS LCD 720P
Bateri
3200 mAh
 
Ok ni gambar Xiaomi Redmi Note aku.

Jemput cuci mata sekalian alam..




Secara jujurnya segala aplikasi yang ada dalam Xiomi Redmi note ni kebanyakkan adalah similar tu endroid function. Menjadikan aku mudah kendalikan. Image dan paparan jugak lebih kepada endroid.
Untuk seminggu penggunaan ni aku berani rate kan peranti Xiomi ni 7 dari 10 bintang. Tak tahun untuk sebulan akan dating dan setahun kemudian mungkin korang boleh cari dari maklum balas yang penah guna Xiomi sendiri.



Comments

  1. salam, sy pun berminat nak beli handphone ni. ok tak akak?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nadzirah, haah best..seketul sebijan dengan note samsung punya apps. kena beli dan rasai.. nanti buat review tau

    ReplyDelete

Post a comment

Pinkygroupsaid

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…